Barang siapa yang berselawat ke atasku di sisi kuburku, aku mendengarnya

TEKS BAHASA ARAB

من صلى علي عند قبري؛ سمعته، ومن صلى علي نائيا؛ وكل بها ملك يبلغني، وكفي بها أمر دنياه وآخرته، وكنت له شهيدا أو شفيعا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berselawat ke atasku di sisi kuburku, aku mendengarnya. Barang siapa yang berselawat ke atasku dalam keadaan berjauhan, akan diutuskan malaikat kepadanya untuk menyampaikan (selawatnya) kepadaku dan dicukupkan dengannya urusan dunia dan akhiratnya serta aku menjadi saksi dan pemberi syafaat untuknya.

STATUS

Palsu dengan lafaz lengkap ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1782, hadis nombor 8970. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من صلى علي عند قبري؛ سمعته، ومن صلى علي نائيا؛ وكل بها ملك يبلغني، وكفي بها أمر دنياه وآخرته، وكنت له شهيدا أو شفيعا)). [ابن سمعون في ((الأمالي))، خط، ابن عساكر، ابن خلاد في ((حديثه))، عق، هب، ((الضعيفة)) (203)]

(Palsu dengan lafaz lengkap ini)
Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang berselawat ke atasku di sisi kuburku, aku mendengarnya. Barang siapa yang berselawat ke atasku dalam keadaan berjauhan, akan diutuskan malaikat kepadanya untuk menyampaikan (selawatnya) kepadaku dan dicukupkan dengannya urusan dunia dan akhiratnya serta aku menjadi saksi dan pemberi syafaat untuknya.
[Riwayat Ibn Sam‘ūn dalam al-Amālī, al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, Abū Bakr bin Khallād dalam Hadisnya, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 203]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs