TEKS BAHASA ARAB
من صلى علي، كتب الله عز وجل له بها عشر حسنات، ومحا عنه بها عشر سيئات، ورفعه بها عشر درجات، وكن له عدل عتق عشر رقاب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang berselawat ke atasku, Allah akan menulis baginya sepuluh kebaikan dan memadam daripadanya sepuluh kejahatan, dan Allah akan mengangkat darjatnya dan jadilah ia seperti orang yang membebaskan sepuluh hamba.
STATUS
Munkar dengan tambahan kalimah "Riqab"
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1598, hadis nombor 5068. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة "رقاب") عن البراء بن عازب قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من صلى عليّ، كتب الله عز وجل له بها عشر حسنات، ومحا عنه بها عشر سيئات، ورفعه بها عشر درجات، وكن له عدل عتق عشر رقاب)). [ابن أبي عاصم في ((الصلاة على النبي))، ((الضعيفة)) (6625)].
(Munkar dengan tambahan "Riqab")
Daripada al-Barra Bin Azib RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang berselawat ke atasku, Allah akan menulis baginya sepuluh kebaikan dan memadam daripadanya sepuluh kejahatan, dan Allah akan mengangkat darjatnya dan jadilah ia seperti orang yang membebaskan sepuluh hamba.))
[Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam Selawat atas Nabi SAW. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6625].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.