Munkar dengan tambahan kalimah "Riqab"

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang berselawat ke atasku Allah menulis baginya sepuluh kebaikan dan memadam daripadanya sepuluh kejahatan

Teks Bahasa Arab

من صلَّى عليَّ، كتب اللهُ عزَّ وجلَّ له بها عشرَ حسناتٍ، ومحا عنه بها عشرَ سيئاتٍ، ورفعه بها عشرَ درجاتٍ، وكنَّ له عِدلَ عتقِ عشرِ رقابٍ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang berselawat ke atasku, Allah akan menulis baginya sepuluh kebaikan dan memadam daripadanya sepuluh kejahatan, dan Allah akan mengangkat darjatnya dan jadilah ia seperti orang yang membebaskan sepuluh hamba.

Sahabat Perawi

  1. al-Barra bin Azib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar dengan tambahan kalimah "Riqab"

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1598, hadis no. 8068. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة "رقاب") عن البراء بن عازب قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من صلى عليّ، كتب الله عز وجل له بها عشر حسنات، ومحا عنه بها عشر سيئات، ورفعه بها عشر درجات، وكن له عدل عتق عشر رقاب)). [ابن أبي عاصم في ((الصلاة على النبي))، ((الضعيفة)) (6625)].

(Munkar dengan tambahan "Riqab") Daripada al-Barra Bin Azib RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang berselawat ke atasku, Allah akan menulis baginya sepuluh kebaikan dan memadam daripadanya sepuluh kejahatan, dan Allah akan mengangkat darjatnya dan jadilah ia seperti orang yang membebaskan sepuluh hamba.)) [Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam Selawat atas Nabi SAW. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6625].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.