Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang berselawat ke atas Rasulullah SAW dengan satu kali

Teks Bahasa Arab

من صلَّى على رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ واحدةً ، صلَّى اللهُ عليه وملائكتُه سبعين صلاةً ، فلْيَقُلْ عبدٌ من ذلك أو لِيُكثِرْ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang berselawat ke atas Rasulullah SAW dengan satu kali, maka Allah dan malaikat-Nya akan berselawat kepadanya sebanyak 70 kali selawat. Oleh itu, selawatlah hamba dengan itu atau perbanyakkannya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1597, hadis no. 8066. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بلفظ "سبعين") عن عبد الله بن عمرو قال: ((من صلى على رسول الله صلى الله عليه وسلم [واحدة]، صلى الله عليه وملائكته سبعين صلاة، فليقل عبد من ذلك أو ليُكثر)). [حم، ((الضعيفة)) (6626)].

(Munkar dengan lafaz "70"] Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata: ((Barang siapa yang berselawat ke atas Rasulullah SAW satu kali, maka Allah dan malaikat-Nya akan berselawat kepadanya sebanyak 70 kali selawat. Oleh itu, selawatlah hamba dengan itu atau perbanyakkannya.)) [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Daif'ah no.6626].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.