Barang siapa yang berselawat ke atas Muhammad dan berkata: Ya Tuhanku! Turunkan padanya tempat duduk yang dekat dengan-Mu pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى على محمد وقال: اللهم! أنزله المقعد المقرب عندك يوم القيامة؛ وجبت له شفاعتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berselawat ke atas Muhammad dan berkata:
اَللَّهُمَّ! أَنْزِلْهُ الْمَقْعَدَ الْمُقَرَّبَ عِنْدَكَ يَوْمَ الْقِيِامَةِ؛
‘Ya Tuhanku! Tempatkan (baginda) pada tempat duduk yang dekat dengan-Mu pada hari kiamat’,
maka dia pasti (akan) mendapat syafaatku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1513, hadis nombor 7701. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف). عن رويفع ابن ثابت الأنصاري، مرفوعاً: ((من صلى على محمد وقال: اللهم! أنزله المقعد المقرب عندك يوم القيامة؛ وجبت له شفاعتي)). [ حم، إسماعيل القاضي في ((فضل الصلاة على النبي))، وكذا ابن أبي عاصم، البراز، طب، طس، ابن عبد الحكم في ((فتوح مصر))، ((الضعيفة)) (5146)].

(Lemah) Daripada Ruwaifi’ Bin Thabit Al-Ansari RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang berselawat ke atas Muhammad dan berkata:
اَللَّهُمَّ! أَنْزِلْهُ الْمَقْعَدَ الْمُقَرَّبَ عِنْدَكَ يَوْمَ الْقِيِامَةِ؛
‘Ya Tuhanku! Tempatkan (baginda) pada tempat duduk yang dekat dengan-Mu pada hari kiamat’,
maka dia telah pasti (akan) medapat syafaatku.” [Musnad Ahmad, Ismail al-Qadhi di dalam bab: Kelebihan berselawat ke atas Nabi, dan begitu juga Ibn Abi ‘Asim, al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Awsat, Ibn Abd al-Hakm di dalam Futuh Misr, lihat (juga) Silsilah al-Daifah, no. 5142].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs