Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ صَلّى عَلَى مُحَمَّدٍ وَقَالَ: اَللَّهُمَّ! أَنْزِلْهُ الْمَقْعَدَ الْمُقَرَّبَ عِنْدَكَ يَوْمَ الْقِيِامَةِ؛ وَجَبَتْ لَهُ شَفَاعَتِيْ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang berselawat ke atas Muhammad dan berkata: اَللَّهُمَّ! أَنْزِلْهُ الْمَقْعَدَ الْمُقَرَّبَ عِنْدَكَ يَوْمَ الْقِيِامَةِ؛ 'Ya Tuhanku! Tempatkan (baginda) pada tempat duduk yang dekat dengan-Mu pada hari kiamat', maka dia pasti (akan) mendapat syafaatku.
Sahabat Perawi
- Ruwaifi' bin Thabit al-Ansari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1513, hadis no. 7701. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف). عن رويفع ابن ثابت الأنصاري، مرفوعاً: ((من صلى على محمد وقال: اللهم! أنزله المقعد المقرب عندك يوم القيامة؛ وجبت له شفاعتي)). [ حم، إسماعيل القاضي في ((فضل الصلاة على النبي))، وكذا ابن أبي عاصم، البراز، طب، طس، ابن عبد الحكم في ((فتوح مصر))، ((الضعيفة)) (5146)].
(Lemah) Daripada Ruwaifi’ Bin Thabit Al-Ansari RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang berselawat ke atas Muhammad dan berkata: اَللَّهُمَّ! أَنْزِلْهُ الْمَقْعَدَ الْمُقَرَّبَ عِنْدَكَ يَوْمَ الْقِيِامَةِ؛ 'Ya Tuhanku! Tempatkan (baginda) pada tempat duduk yang dekat dengan-Mu pada hari kiamat', maka dia telah pasti (akan) medapat syafaatku.” [Musnad Ahmad, Ismail al-Qadhi di dalam bab: Kelebihan berselawat ke atas Nabi, dan begitu juga Ibn Abi ‘Asim, al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Awsat, Ibn Abd al-Hakm di dalam Futuh Misr, lihat (juga) Silsilah al-Daifah, no. 5142].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman