Barang siapa yang berpuasa satu hari kerana mengharap wajah (pahala) Allah

TEKS BAHASA ARAB

من صام يوما ابتغاء وجه الله عز وجل -تعالى-، بعده الله -عز وجل- من جهنم كبعد غراب طار وهو فرخ حتى مات هرما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berpuasa satu hari kerana mengharap wajah (pahala) Allah, maka Allah akan menjauhkannya daripada api neraka Jahannam seperti jauhnya anak burung gagak yang terbang sehingga dia mati kerana tua.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1133, hadis nombor 5716. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، أن رسول الله ﷺ قال: «من صام يوما ابتغاء وجه الله عز وجل -تعالى-، بعده الله -عز وجل- من جهنم كبعد غراب طار وهو فرخ حتى مات هرما».
[حم، «الضعيفة» (1230)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata: "Barang siapa yang berpuasa satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan menjauhkannya daripada api neraka Jahannam seperti jauhnya anak burung gagak yang terbang sehingga dia mati kerana tua."
[Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1130].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs