Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن صام يَومًا ابتِغاءَ وَجهِ اللهِ عز وجل -تعالى-، بَعَّدَه اللهُ -عَزَّ وجَلَّ- مِن جَهَنَّمَ كَبُعْدِ غُرَابٍ طارَ وهو فَرْخٌ حَتَّى مات هَرِمًا.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang berpuasa satu hari kerana mengharap wajah (pahala) Allah, maka Allah akan menjauhkannya daripada api neraka Jahannam seperti jauhnya anak burung gagak yang terbang sehingga dia mati kerana tua.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1133, hadis no. 5716. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata: "Barang siapa yang berpuasa satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan menjauhkannya daripada api neraka Jahannam seperti jauhnya anak burung gagak yang terbang sehingga dia mati kerana tua." [Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1130].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman