TEKS BAHASA ARAB
من صام يوما لم يخرقه كتبت له عشر حسنات.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang berpuasa satu hari dan dia tidak melanggar (perkara yang membatalkan puasa) maka Allah mencatat baginya 10 kebaikan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1133, hadis nombor 5717. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن البراء بن عازب -رضي الله عنه- مرفوعا: «من صام يوما لم يخرقه كتبت له عشر حسنات». [طس، حل، «الضعيفة» (1327)].
(Lemah)
Daripada al-Barra’ bin ‘Azib RA secara marfu’’: "Barang siapa yang berpuasa satu hari dan dia tidak melanggar (perkara yang membatalkan puasa) maka Allah mencatat baginya 10 kebaikan."
[Riwayat Al-Tabarani dalam al-Awsat dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1327].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.