Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من صام يومًا لم يَخْرِقْهُ كُتِبَتْ له عَشْرُ حسناتٍ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang berpuasa satu hari dan dia tidak melanggar (perkara yang membatalkan puasa) maka Allah mencatat baginya 10 kebaikan.
Sahabat Perawi
- al-Barra' bin ‘Azib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1133, hadis no. 5717. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن البراء بن عازب -رضي الله عنه- مرفوعا: «من صام يوما لم يخرقه كتبت له عشر حسنات». [طس، حل، «الضعيفة» (1327)].
(Lemah) Daripada al-Barra' bin ‘Azib RA secara marfu’’: "Barang siapa yang berpuasa satu hari dan dia tidak melanggar (perkara yang membatalkan puasa) maka Allah mencatat baginya 10 kebaikan." [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Awsat dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1327].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman