Barang siapa yang berpisah daripada jemaah, maka dia di dalam neraka kelak di atas mukanya

TEKS BAHASA ARAB

من فارق الجماعة؛ فهو في النار على وجهه؛ لأن الله -عز وجل- يقول: {أمن يجيب المضطر إذا دعاه ويكشف السوء ويجعلكم خلفاء الأرض}؛ فالخلافة من الله، فإن كان خيرا؛ فهو يذهب به، وإن كان شرا؛ فهو يؤخذ به، عليك أنت بالطاعة فيما أمرك الله -تعالى- به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berpisah daripada jemaah, maka dia di dalam neraka kelak di atas mukanya. Ini kerana Allah ‘Azza wa Jalla telah berfirman: {Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) yang mendiami dan menguasai bumi?} [Surah al-Naml ayat 62]. Maka khilafah ini daripada Allah. Sekiranya dia baik (dalam khilafahnya), maka dia akan pergi (ke syurga- diberi ganjaran) dengannya dan sekiranya dia tidak baik (dalam khilafahnya), maka dia akan diseksa disebabkan olehnya. Hendaklah engkau taat dengan apa yang telah Allah SWT perintahkan kepadamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1541, hadis nombor 7825. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن سعد بن جنادة -رضي الله عنه- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((من فارق الجماعة؛ فهو في النار على وجهه؛ لأن الله -عز وجل- يقول: {أمن يجيب المضطر إذا دعاه ويكشف السوء ويجعلكم خلفاء الأرض}؛ فالخلافة من الله، فإن كان خيرا؛ فهو يذهب به، وإن كان شرا؛ فهو يؤخذ به، عليك أنت بالطاعة فيما أمرك الله -تعالى- به)). [طب، ((الضعيفة)) (5886)]

(Munkar)
Daripada Sa‘d bin Junādah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang berpisah daripada jemaah, maka dia di dalam neraka kelak di atas mukanya. Ini kerana Allah ‘Azza wa Jalla telah berfirman: {Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) yang mendiami dan menguasai bumi?} [Surah al-Naml ayat 62]. Maka khilafah ini daripada Allah. Sekiranya dia baik (dalam khilafahnya), maka dia akan pergi (ke syurga- diberi ganjaran) dengannya dan sekiranya dia tidak baik (dalam khilafahnya), maka dia akan diseksa disebabkan olehnya. Hendaklah engkau taat dengan apa yang telah Allah SWT perintahkan kepadamu.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5886]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs