Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن فارقَ الجماعَةَ؛ فَهوَ في النَّارِ على وَجهِهِ؛ لأنَّ اللَّهَ -عزَّ وجلَّ- يقولُ: {أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ ويَكْشِفُ السُّوءَ ويَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ}؛ فالخلافةُ منَ اللَّهِ، فإن كانَ خيرًا؛ فَهوَ يذهبُ بِهِ، وإن كانَ شرًّا؛ فَهوَ يؤخذُ بِهِ -، علَيكَ أنتَ بالطَّاعةِ فيما أمرَكَ اللَّهُ -تعالى- بِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang berpisah daripada jemaah, maka dia di dalam neraka kelak di atas mukanya. Ini kerana Allah ‘Azza wa Jalla telah berfirman: {Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) yang mendiami dan menguasai bumi?} [Surah al-Naml ayat 62]. Maka khilafah ini daripada Allah. Sekiranya dia baik (dalam khilafahnya), maka dia akan pergi (ke syurga- diberi ganjaran) dengannya dan sekiranya dia tidak baik (dalam khilafahnya), maka dia akan diseksa disebabkan olehnya. Hendaklah engkau taat dengan apa yang telah Allah SWT perintahkan kepadamu.
Sahabat Perawi
- Saad bin Junadah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1541, hadis no. 7825. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن سعد بن جنادة -رضي الله عنه- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((من فارق الجماعة؛ فهو في النار على وجهه؛ لأن الله -عز وجل- يقول: {أمن يجيب المضطر إذا دعاه ويكشف السوء ويجعلكم خلفاء الأرض}؛ فالخلافة من الله، فإن كان خيرا؛ فهو يذهب به، وإن كان شرا؛ فهو يؤخذ به، عليك أنت بالطاعة فيما أمرك الله -تعالى- به)). [طب، ((الضعيفة)) (5886)]
(Munkar) Daripada Sa‘d bin Junādah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang berpisah daripada jemaah, maka dia di dalam neraka kelak di atas mukanya. Ini kerana Allah ‘Azza wa Jalla telah berfirman: {Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) yang mendiami dan menguasai bumi?} [Surah al-Naml ayat 62]. Maka khilafah ini daripada Allah. Sekiranya dia baik (dalam khilafahnya), maka dia akan pergi (ke syurga- diberi ganjaran) dengannya dan sekiranya dia tidak baik (dalam khilafahnya), maka dia akan diseksa disebabkan olehnya. Hendaklah engkau taat dengan apa yang telah Allah SWT perintahkan kepadamu. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5886]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman