Barang siapa yang berperang dalam peperangan di jalan Allah ‘Azza wa Jalla

TEKS BAHASA ARAB

من غزا غزوة في سبيل الله -عز وجل-؛ فقد أدى إلى الله -عز وجل- جميع طاعته، {فمن شاء فليؤمن ومن شاء فليكفر}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berperang dalam peperangan di jalan Allah ‘Azza wa Jalla, maka dia telah menunaikan terhadap Allah ‘Azza wa Jalla semua ketaatannya. Firman Allah SWT: {Maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya} [Surah al-Kahf ayat 29].

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1541, hadis nombor 7824. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من غزا غزوة في سبيل الله -عز وجل-؛ فقد أدى إلى الله -عز وجل- جميع طاعته، {فمن شاء فليؤمن ومن شاء فليكفر})). [ابن جميع في ((معجمه))، عد، ((الضعيفة)) (5694)]

(Palsu)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang berperang dalam peperangan di jalan Allah ‘Azza wa Jalla, maka dia telah menunaikan terhadap Allah ‘Azza wa Jalla semua ketaatannya. Firman Allah SWT: {Maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya} [Surah al-Kahf ayat 29].
[Riwayat Ibn Jamī‘ dalam Mu‘jamnya, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5694]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs