Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن غَزا غزوَةً في سبيلِ اللَّهِ -عزَّ وجلَّ-؛ فقَد أدَّى إلى اللَّهِ -عزَّ وجلَّ- جميعَ طاعتِهِ، {فَمَنْ شاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ}.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang berperang dalam peperangan di jalan Allah ‘Azza wa Jalla, maka dia telah menunaikan terhadap Allah ‘Azza wa Jalla semua ketaatannya. Firman Allah SWT: {Maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya} [Surah al-Kahf ayat 29].
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1541, hadis no. 7824. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من غزا غزوة في سبيل الله -عز وجل-؛ فقد أدى إلى الله -عز وجل- جميع طاعته، {فمن شاء فليؤمن ومن شاء فليكفر})). [ابن جميع في ((معجمه))، عد، ((الضعيفة)) (5694)]
(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang berperang dalam peperangan di jalan Allah ‘Azza wa Jalla, maka dia telah menunaikan terhadap Allah ‘Azza wa Jalla semua ketaatannya. Firman Allah SWT: {Maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya} [Surah al-Kahf ayat 29]. [Riwayat Ibn Jamī‘ dalam Mu‘jamnya, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5694]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman