Barang siapa yang berkata umpama apa yang dikatakan dan bersaksi umpama penyaksiannya maka baginya syurga

TEKS BAHASA ARAB

من قال مثل مقالته – يعني: أذان بلال -، وشهد مثل شهادته فله الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berkata seperti apa yang dikatakan (oleh Bilal) dan bersaksi umpama penyaksiannya, maka baginya syurga.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1599, hadis nombor 8075. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم- عرس ذات ليلة، فأذن بلال، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قال مثل مقالته – يعني: أذان بلال -، وشهد مثل شهادته فله الجنة)). [ع، ((الضعيفة)) (6715)].

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW tidur ketika bermusafir pada waktu malam, Bilal melaungkan azan Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang berkata seperti apa yang dikatakan (oleh Bilal) dan bersaksi umpama penyaksiannya, maka baginya syurga.))
[Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6715].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs