Barang siapa yang berkata: Sesungguhnya aku adalah orang mukmin, maka dia adalah orang kafir

TEKS BAHASA ARAB

من قال: إني مؤمن؛ فهو كافر، ومن زعم إنه عالم؛ فهو جاهل، ومن زعم أنه في الجنة؛ فهو في النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berkata: “Sesungguhnya aku adalah orang mukmin, maka dia adalah orang kafir. Dan barang siapa yang mendakwa dia adalah orang yang alim, maka dia adalah orang yang jahil. Dan barang siapa yang mendakwa bahawa sesungguhnya dia akan berada di syurga, maka dia berada di neraka”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 527, hadis nombor 2792. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن، قال: قال رسول الله: «من قال: إني مؤمن؛ فهو كافر، ومن زعم إنه عالم؛ فهو جاهل، ومن زعم أنه في الجنة؛ فهو في النار».
[ابن جرير في «التهذيب»، «الضعيفة» (5588)].

(Lemah) Daripada al-Ḥasan, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang berkata: “Sesungguhnya aku adalah orang mukmin, maka dia adalah orang kafir. Dan barang siapa yang mendakwa dia adalah orang yang alim, maka dia adalah orang yang jahil. Dan barang siapa yang mendakwa bahawa sesungguhnya dia akan berada di syurga, maka dia berada di neraka”.
[Riwayat Ibn Jarir dalam kitabnya al-Tahzib. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5588]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs