Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang berkata: “Sesungguhnya aku adalah orang mukmin, maka dia adalah orang kafir

Teks Bahasa Arab

من قال: إنِّي مؤمِنٌ؛ فَهوَ كافرٌ، ومن زعمَ أنَّهُ عالِمٌ؛ فَهوَ جاهلٌ، ومن زعمَ أنَّهُ في الجنَّةِ؛ فَهوَ في النَّارِ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang berkata: “Sesungguhnya aku adalah orang mukmin, maka dia adalah orang kafir. Dan barang siapa yang menyangka dia adalah orang yang alim, maka dia adalah orang yang jahil. Dan barang siapa yang menyangka bahawa sesungguhnya dia akan berada di syurga, maka dia berada di neraka.

Sahabat Perawi

  1. al-Ḥasan

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 527, hadis no. 2792.

(ضعيف) عن الحسن، قال: قال رسول الله : «من، قال: إني مؤمن؛ فهو كافر، ومن زعم إنه عالم؛ فهو جاهل، ومن زعم أنه في الجنة؛ فهو في النار». [ابن جرير في «التهذيب»، «الضعيفة» (5588)].

(Lemah) Daripada al-Ḥasan berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang berkata: “Sesungguhnya aku adalah orang mukmin, maka dia adalah orang kafir. Dan barang siapa yang menyangka dia adalah orang yang alim, maka dia adalah orang yang jahil. Dan barang siapa yang menyangka bahawa sesungguhnya dia akan berada di syurga, maka dia berada di neraka”.” [Riwayat Ibnu Jarir dalam kitabnya at-Tahzib. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5588].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.