Barang siapa yang berkata ‘Semoga Allah memberi ganjaran kepada kami dan Muhammad

TEKS BAHASA ARAB

من قال: جزى الله عنا محمداً بما هو أهله؛ أتعب سبعين كاتباً ألف صباح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berkata: ‘Semoga Allah memberi ganjaran kepada kami dan Muhammad dengan ganjaran yang selayaknya’, maka dia telah memenatkan 70 malaikat selama seribu pagi.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1515, hadis nombor 7709. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنه- مرفوعاً: (من قال: جزى الله عنا محمداً بما هو أهله؛ أتعب سبعين كاتباً ألف صباح). [طس، ((الضعيفة)) (5109)].

(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’: “Barang siapa yang berkata
جَزَى اللَّهُ عنَّا مُحَمَّدًا بِمَا هُوَ أَهْلُهُ
(Semoga Allah memberi ganjaran kepada kami dan Muhammad dengan ganjaran yang selayaknya),
maka dia telah memenatkan 70 malaikat selama seribu pagi.” [al-Tabarani dalam al-Awsat, Silsilah al-Daifah, (5109)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs