Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَالَ: جَزَى اللَّهُ عنَّا مُحَمَّدًا بِمَا هُوَ أَهْلُهُ؛ أَتْعَبَ سَبْعِينَ كَاتِبًا أَلْفَ صَبَاحٍ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang berkata: ‘Semoga Allah memberi ganjaran kepada kami dan Muhammad dengan ganjaran yang selayaknya’, maka dia telah memenatkan 70 malaikat selama seribu pagi.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1515, hadis no. 7709. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنه- مرفوعاً: (من قال: جزى الله عنا محمداً بما هو أهله؛ أتعب سبعين كاتباً ألف صباح). [طس، ((الضعيفة)) (5109)].
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang berkata جَزَى اللَّهُ عنَّا مُحَمَّدًا بِمَا هُوَ أَهْلُهُ (Semoga Allah memberi ganjaran kepada kami dan Muhammad dengan ganjaran yang selayaknya), maka dia telah memenatkan 70 malaikat selama seribu pagi.” [al-Tabarani dalam al-Awsat, Silsilah al-Daifah, (5109].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman