Barang siapa yang berkata selepas mendirikan solat

TEKS BAHASA ARAB

من قال في دبركل صلاة: {سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين}، ثلاث مرات، فقد اكتال بالجريب الأوفى من الأجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berkata selepas mendirikan solat: {Maha suci Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan! Dan salam sejahtera kepada sekalian Rasul. dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.} [al-Saffat: 180-182] sebanyak tiga kali, maka dia mendapat pahala yang sempurna.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1599, hadis nombor 8074. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن زيد بن أرقم قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من قال في دبر كل صلاة: {سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين}، ثلاث مرات، فقد اكتال بالجريب الأوفى من الأجر)). [طب، ((الضعيفة)) (6529)].

(Sangat Lemah)
Daripada Zaid Bin Arqam RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang berkata selepas mendirikan solat: {Maha suci Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan! Dan salam sejahtera kepada sekalian Rasul. dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.} [al-Saffat: 180-182] sebanyak tiga kali, maka dia mendapat pahala yang sempurna.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Daifah, no. 6529].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs