Barang siapa yang berkata: Segala puji bagi Allah yang setiap perkara tunduk kerana keagungan-Nya

TEKS BAHASA ARAB

من قال: الحمد لله الذي تواضع كل شيء لعظمته، والحمد لله الذي ذل كل شيء لعزته، والحمد لله الذي خضع كل شيء لملكه، والحمد لله الذي استسلم كل شيء لقدرته؛ فقالها يطلب بها ما عنده؛ كتب الله له بها ألف حسنة، ورفع له بها ألف درجة، ووكل به سبعين ألف ملك، يستغفرون له إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berkata: "Segala puji bagi Allah yang setiap perkara tunduk kerana keagungan-Nya, dan segala puji bagi Allah yang setiap perkara merendah diri kerana Ketinggian-Nya, dan segala puji bagi Allah yang setiap perkara tunduk kerana kekuasaan-Nya, dan segala puji bagi Allah yang setiap perkara menyerah kerana kekuasaan-Nya", lalu dia membacanya dengan meminta dengannya apa (permintaan) yang ada padanya, maka Allah akan menuliskan baginya seribu kebaikan, dan mengangkatkan darjatnya sebanyak 1000 darjat. Dan Allah mengutuskan baginya 70000 ribu malaikat yang meminta ampun baginya sehingga hari kiamat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1515, hadis nombor 7710. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر -رضي الله عنه- مرفوعا: (من قال: الحمد لله الذي تواضع كل شيء لعظمته، والحمد لله الذي ذلّ كل شيء لعزته، والحمد لله الذي خضع كل شيء لملكه، والحمد لله الذي استسلم كل شيء لقدرته؛ فقالها يطلب بها ما عنده؛ كتب الله له بها ألف حسنة، ورفع له بها ألف درجة، ووكّل به سبعين ألف ملك، يستغفرون له إلى يوم القيامة. [طب، ((الضعيفة)) (5087)].

(Munkar) Dari Ibn Umar RA secara marfu’: “Barang siapa yang berkata:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي تَوَاضَعَ كُلُّ شَيْءٍ لِعَظَمَتِهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي ذَلَّ كُلُّ شَيْءٍ لِعِزَّتِهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَضَعَ كُلُّ شَيْءٍ لِمُلْكِهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي اسْتَسْلَمَ كُلُّ شَيْءٍ لِقُدْرَتِهِ؛
(Segala puji bagi Allah yang setiap perkara tunduk kerana keagungan-Nya, dan segala puji bagi Allah yang setiap perkara merendah diri kerana Ketinggian-Nya, dan segala puji bagi Allah yang setiap perkara tunduk kerana kekuasaan-Nya, dan segala puji bagi Allah yang setiap perkara menyerah kerana kekuasaan-Nya),
lalu dia membacanya dengan meminta dengannya apa (permintaan) yang ada padanya, maka Allah akan menuliskan baginya seribu kebaikan, dan mengangkatkan darjatnya sebanyak 1000 darjat. Dan Allah mengutuskan baginya 70000 ribu malaikat yang meminta ampun baginya sehingga hari kiamat.” [al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Daifah (5087].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs