Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَالَ : الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي تَوَاضَعَ كُلُّ شَيْءٍ لِعَظَمَتِهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي ذَلَّ كُلُّ شَيْءٍ لِعِزَّتِهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَضَعَ كُلُّ شَيْءٍ لِمُلْكِهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي اسْتَسْلَمَ كُلُّ شَيْءٍ لِقُدْرَتِهِ؛ فَقَالَهَا يَطْلُبُ بِهَا مَا عِنْدَهُ؛ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِهَا أَلْفَ حَسَنَةٍ، وَرَفَعَ لَهُ بِهَا أَلْفَ دَرَجَةٍ، وَوَكَّلَ بِهِ سَبْعِينَ أَلْفِ مَلَكٍ، يَسْتَغْفِرُونَ لَهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang berkata: "Segala puji bagi Allah yang setiap perkara tunduk kerana keagungan-Nya, dan segala puji bagi Allah yang setiap perkara merendah diri kerana Ketinggian-Nya, dan segala puji bagi Allah yang setiap perkara tunduk kerana kekuasaan-Nya, dan segala puji bagi Allah yang setiap perkara menyerah kerana kekuasaan-Nya", lalu dia membacanya dengan meminta dengannya apa (permintaan) yang ada padanya, maka Allah akan menuliskan baginya seribu kebaikan, dan mengangkatkan darjatnya sebanyak 1000 darjat. Dan Allah mengutuskan baginya 70000 ribu malaikat yang meminta ampun baginya sehingga hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1515, hadis no. 7710. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر -رضي الله عنه- مرفوعا: (من قال: الحمد لله الذي تواضع كل شيء لعظمته، والحمد لله الذي ذلّ كل شيء لعزته، والحمد لله الذي خضع كل شيء لملكه، والحمد لله الذي استسلم كل شيء لقدرته؛ فقالها يطلب بها ما عنده؛ كتب الله له بها ألف حسنة، ورفع له بها ألف درجة، ووكّل به سبعين ألف ملك، يستغفرون له إلى يوم القيامة. [طب، ((الضعيفة)) (5087)].
(Munkar) Dari Ibn Umar RA secara marfu': “Barang siapa yang berkata: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي تَوَاضَعَ كُلُّ شَيْءٍ لِعَظَمَتِهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي ذَلَّ كُلُّ شَيْءٍ لِعِزَّتِهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَضَعَ كُلُّ شَيْءٍ لِمُلْكِهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي اسْتَسْلَمَ كُلُّ شَيْءٍ لِقُدْرَتِهِ؛ (Segala puji bagi Allah yang setiap perkara tunduk kerana keagungan-Nya, dan segala puji bagi Allah yang setiap perkara merendah diri kerana Ketinggian-Nya, dan segala puji bagi Allah yang setiap perkara tunduk kerana kekuasaan-Nya, dan segala puji bagi Allah yang setiap perkara menyerah kerana kekuasaan-Nya), lalu dia membacanya dengan meminta dengannya apa (permintaan) yang ada padanya, maka Allah akan menuliskan baginya seribu kebaikan, dan mengangkatkan darjatnya sebanyak 1000 darjat. Dan Allah mengutuskan baginya 70000 ribu malaikat yang meminta ampun baginya sehingga hari kiamat.” [al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5087].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman