Barang siapa yang berkata sebanyak sebelas kali: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa tiada sekutu bagi-Nya

TEKS BAHASA ARAB

من قال إحدى عشرة مرة: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، أحداً صمداً، لم يلد ولم يولد، ولم يكن له كفواً أحد؛ كتب الله له ألفي ألف حسنة، ومن زاد زاده الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berkata sebanyak sebelas kali: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, yang Satu dan (merupakan) tempat bergantung, (yang) tidak beranak dan diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setaraf baginya, maka Allah akan menulis baginya tiga ribu kebaikan. Dan barang siapa yang menambah (bilangan sebutannya) maka Allah Azza wa Jalla juga akan menambah (kebaikan) baginya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1514, hadis nombor 7704. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع). عن عبد الله بن أبي أوفى -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((من قال إحدى عشرة مرة: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، أحداً صمداً، لم يلد ولم يولد، ولم يكن له كفواً أحد؛ كتب الله له ألفي ألف حسنة، ومن زاد زاده الله عز وجل)). [عبد بن حميد في ((مسنده))، المحاملي في ((الأمالي))، ابن البنا في ((فضل التهليل))، ((الضعيفة)) (5122)].

(Palsu) Daripada Abdullah Bin Abi Aufa RA secara marfu’: Barang siapa yang berkata sebanyak sebelas kali:
لَا إِلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، أَحَدًا صَمَدًا، لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ؛
"Tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, yang Satu dan (merupakan) tempat bergantung, (yang) tidak beranak dan diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setaraf baginya",
maka Allah akan menulis baginya tiga ribu kebaikan. Dan barang siapa yang menambah (bilangan sebutannya) maka Allah Azza wa Jalla juga akan menambah (kebaikan) baginya. [Abd Bin Humaid di dalam Musnad, al-Muhami di dalam Al-Amali, Ibn al-Banna di dalam Kelebihan Tahlil, Silsilah al-Daifah (5122)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs