Barang siapa yang berkata Maha suci Allah segala puji bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قال سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر، ولا حول ولا قوة إلا بالله، ضم الملك عليه جناحه، لا ينتهي حتى يأتي العرش، ولا يمر بشيء إلا صلى عليهن وعلى قائلهن، وقال: سبحان الله، تنزيه الله من كل سوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berkata: Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah maha besar dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah, maka malaikat akan merapatkan dua sayapnya dan tidak akan berhenti sehingga dia datang ke ‘Arash dan dia tidak akan berlalu melainkan dia berselawat ke atas kata-kata tersebut dan ke atas orang yang membacanya. Dan dia berkata: Maha suci Allah; sucinya Allah daripada segala keburukan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1599, hadis nombor 8073. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من قال سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر، ولا حول ولا قوة إلا بالله، ضم الملك عليه جناحه، لا ينتهي حتى يأتي العرش، 0، وقال: سبحان الله، تنزيه الله من كل سوء)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان ))، (الضعيفة)) (6849)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang berkata: Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah maha besar dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah, maka malaikat akan merapatkan dua sayapnya dan tidak akan berhenti sehingga dia datang ke ‘arash dan dia tidak akan berlalu melainkan dia berselawat ke atas kata-kata tersebut dan ke atas orang yang membacanya. Dan dia berkata: Maha suci Allah; sucinya Allah daripada segala keburukan.))
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6849].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.