Barang siapa yang berkata ketika masuk waktu pagi sebanyak tiga kali: Ya Tuhanku! Bagi-Mu segala pujian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قال حين يصبح ثلاث مرات: اللهم لك الحمد لا إله إلا أنت، أنت ربي وأنا عبدك، آمنت بك مخلصا لك ديني، أصبحت على عهدك ووعدك ما استطعت، أتوب إليك من شر –وفي لفظ: سيئ– عملي، وأستغفرك لذنوبي التي لا يغفرها إلا أنت. فإن مات في ذلك اليوم دخل الجنة. وإن قال حين يمسي ثلاث مرات: اللهم لك الحمد لا إله إلا أنت، أنت ربي وأنا عبدك أمسيت على عهدك ووعدك ما استطعت أتوب إليك من شر –وفي لفظ: سيئ– عملي، وأستغفرك لذنوبي التي لا يغفرها إلا أنت. فإن مات في تلك الليلة دخل الجنة. ثم كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحلف ما لا يحلف على غيره ويقول: والله ما قالها عبد في يوم حين يصبح ثلاثا فيموت في ذلك اليوم إلا دخل الجنة، وإن قالها حين يمسي فتوفي في تلك الليلة دخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berkata ketika masuk waktu pagi sebanyak tiga kali: ‘Ya Tuhanku! Bagi-Mu segala pujian, tiada tuhan melainkan Engkau. Engkaulah Tuhanku dan akulah hamba-Mu. Aku beriman kepada-Mu dengan ikhlas kepadamu agamaku. Sesungguhnya aku memasuki waktu pagi di atas janji-Mu sekadar yang aku mampu. Aku bertaubat kepada-Mu daripada kejahatan amalanku dan aku memohon keampunan kepada-Mu bagi dosa-dosaku yang tidak akan diampunkan melainkan oleh Engkau’, maka jika dia mati pada hari tersebut, dia memasuki syurga. Sekiranya dia membaca ketika masuk waktu petang sebanyak tiga kali: ‘Ya Tuhanku! Bagi-Mu segala pujian, tiada tuhan melainkan Engkau. Engkaulah Tuhanku dan akulah hamba-Mu. Sesungguhnya aku memasuki waktu petang di atas janji-Mu sekadar yang aku mampu. Aku bertaubat kepada-Mu daripada kejahatan amalanku dan aku memohon keampunan kepada-Mu bagi dosa-dosaku yang tidak akan diampunkan melainkan oleh Engkau’, maka jika dia mati pada malam tersebut, dia akan memasuki syurga. Kemudian Rasulullah SAW bersumpah sesuatu yang baginda tidak pernah bersumpah selain ke atasnya seraya berkata: Demi Allah! Tidak berkata hamba itu ucapan tersebut ketika dia berpagi-pagian sebanyak tiga kali, lalu dia mati pada hari tersebut melainkan dia akan memasuki syurga, dan jika dia menyebutnya pada waktu petang dan dia mati pada malam tersebut, dia akan memasuki syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1772, hadis nombor 8923. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قال حين يصبح ثلاث مرات: اللهم! لك الحمد لا إله إلا أنت، أنت ربي، وأنا عبدك، آمنت بك مخلصا لك ديني. أصبحت على عهدك ووعدك ما استطعت، أتوب إليك من شر -وفي لفظ: سيئ- عملي، وأستغفرك لذنوبي التي لا يغفرها إلا أنت. فإن مات في ذلك اليوم؛ دخل الجنة. وإن قال حين يمسي ثلاث مرات: اللهم! لك الحمد لا إله إلا أنت، أنت ربي وأنا عبدك، أمسيت على عهدك ووعدك ما استطعت، أتوب إليك من شر -وفي لفظ: سيئ- عملي، وأستغفرك لذنوبي التي لا يغفرها إلا أنت. فمات في تلك الليلة؛ دخل الجنة)). ثم كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحلف ما لا يحلف على غيره ويقول: ((والله! ما قالها عبد في يوم حين يصبح ثلاثا، فيموت في ذلك اليوم؛ إلا دخل الجنة، وإن قالها حين يمسي فتوفي في تلك الليلة؛ دخل الجنة)). [طب، طس، الطبراني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (6732)]

(Lemah)
Daripada Abū Umāmah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang berkata ketika masuk waktu pagi sebanyak tiga kali: ‘Ya Tuhanku! Bagi-Mu segala pujian, tiada tuhan melainkan Engkau. Engkaulah Tuhanku dan akulah hamba-Mu. Aku beriman kepada-Mu dengan ikhlas kepadamu agamaku. Sesungguhnya aku memasuki waktu pagi di atas janji-Mu sekadar yang aku mampu. Aku bertaubat kepada-Mu daripada kejahatan amalanku dan aku memohon keampunan kepada-Mu bagi dosa-dosaku yang tidak akan diampunkan melainkan oleh Engkau’, maka jika dia mati pada hari tersebut, dia memasuki syurga. Sekiranya dia membaca ketika masuk waktu petang sebanyak tiga kali: ‘Ya Tuhanku! Bagi-Mu segala pujian, tiada tuhan melainkan Engkau. Engkaulah Tuhanku dan akulah hamba-Mu. Sesungguhnya aku memasuki waktu petang di atas janji-Mu sekadar yang aku mampu. Aku bertaubat kepada-Mu daripada kejahatan amalanku dan aku memohon keampunan kepada-Mu bagi dosa-dosaku yang tidak akan diampunkan melainkan oleh Engkau’, maka jika dia mati pada malam tersebut, dia akan memasuki syurga. Kemudian Rasulullah SAW bersumpah sesuatu yang baginda tidak pernah bersumpah selain ke atasnya seraya berkata: Demi Allah! Tidak berkata hamba itu ucapan tersebut ketika dia berpagi-pagian sebanyak tiga kali, lalu dia mati pada hari tersebut melainkan dia akan memasuki syurga, dan jika dia menyebutnya pada waktu petang dan dia mati pada malam tersebut, dia akan memasuki syurga.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan al-Du‘ā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6732]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.