Barang siapa yang berkata ketika masuk waktu pagi sebanyak 3 kali: ‘Ya Tuhanku! Bagi-Mu segala pujian, tidak ada tuhan melainkan Engkau

TEKS BAHASA ARAB

من قال حين يصبح – ثلاث مرات -: اللهم! لك الحمد لا إله إلا أنت، أنت ربي وأنا عبدك، آمنت بك مخلصاً لك ديني، إني أصبحت على عهدك ووعدك ما استطعت، أتوب إليك من شر عملي، وأستغفرك لذنوبي التي لا يغفرها إلا أنت، فإن مات في ذلك اليوم دخل الجنة. وإن قال حين يمسي – ثلاث مرات -: اللهم! لك الحمد لا إله إلا أنت، أنت ربي وأنا عبدك، أمسيت على عهدك ووعدك ما استطعت، أتوب إليك من شر عملي، وأستغفرك لذنوبي التي لا يغفرها إلا أنت، فمات في تلك الليلة دخل الجنة. ثم كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يحلف ما لا يحلف على غيره، يقول: والله! ما قالها عبد في يوم فيموت في ذلك اليوم؛ إلا دخل الجنة، وإن قالها حين يمسي فتوفي في تلك الليلة؛ دخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berkata ketika masuk waktu pagi sebanyak 3 kali: ‘Ya Tuhanku! Bagi-Mu segala pujian, tidak ada tuhan melainkan Engkau. Engkaulah Tuhanku dan akulah hamba-Mu. Aku beriman kepada-Mu dengan ikhlas kepadamu agamaku. Sesungguhnya aku berpagian di atas janji-Mu sekadar yang aku mampu. Aku bertaubat kepada-Mu daripada kejahatan amalanku dan aku meminta pengampunan dari-Mu untuk dosa-dosaku yang tidak akan diampunkan melainkan Engkau’, maka jika dia mati pada hari tersebut, dia pasti akan memasuki syurga. Sekiranya dia membaca ketika masuk waktu petang sebanyak 3 kali: ‘Ya Tuhanku! Bagi-Mu segala pujian, tidak ada tuhan melainkan Engkau. Engkaulah Tuhanku dan akulah hamba-Mu. Aku memasuki waktu petang di atas janji-Mu sekadar yang aku mampu. Aku bertaubat kepada-Mu daripada kejahatan amalanku dan aku meminta pengampunan dari-Mu untuk dosa-dosaku yang tidak akan diampunkan melainkan Engkau’, maka (jika) dia mati pada malam tersebut, dia pasti akan memasuki syurga.” Kemudian Rasulullah SAW bersumpah sesuatu yang Baginda tidak bersumpah kepada orang lain dan berkata: “Demi Allah! Tidak berkata hamba itu ucapan tersebut pada (siang) hari lalu dia mati pada (siang) hari tersebut melainkan dia (pasti akan) memasuki syurga, dan jika dia menyebutnya pada waktu petang dan dimatikan pada malam tersebut, dia (pasti akan) memasuki syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1516, hadis nombor 7713. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة الباهلي قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من قال حين يصبح – ثلاث مرات -: اللهم! لك الحمد لا إله إلا أنت، أنت ربي وأنا عبدك، آمنت بك مخلصاً لك ديني، إني أصبحت على عهدك ووعدك ما استطعت، أتوب إليك من شر عملي، وأستغفرك لذنوبي التي لا يغفرها إلا أنت، فإن مات في ذلك اليوم دخل الجنة. وإن قال حين يمسي – ثلاث مرات -: اللهم! لك الحمد لا إله إلا أنت، أنت ربي وأنا عبدك، أمسيت على عهدك ووعدك ما استطعت، أتوب إليك من شر عملي، وأستغفرك لذنوبي التي لا يغفرها إلا أنت، فمات في تلك الليلة دخل الجنة)). ثم كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يحلف ما لا يحلف على غيره، يقول: ((والله! ما قالها عبد في يوم فيموت في ذلك اليوم؛ إلا دخل الجنة، وإن قالها حين يمسي فتوفي في تلك الليلة؛ دخل الجنة)). [طس، ((الضعيفة)) (5297)].

(Lemah)
Daripada Abi Umamah Al-Bahili RA, beliau berkata: Rasululullah SAW bersabda: “Barang siapa yang berkata ketika masuk waktu pagi sebanyak 3 kali: ‘Ya Tuhanku! Bagi-Mu segala pujian, tidak ada tuhan melainkan Engkau. Engkaulah Tuhanku dan akulah hamba-Mu. Aku beriman kepada-Mu dengan ikhlas kepadamu agamaku. Sesungguhnya aku berpagian di atas janji-Mu sekadar yang aku mampu. Aku bertaubat kepada-Mu daripada kejahatan amalanku dan aku meminta pengampunan dari-Mu untuk dosa-dosaku yang tidak akan diampunkan melainkan Engkau’, maka jika dia mati pada hari tersebut, dia pasti akan memasuki syurga. Sekiranya dia membaca ketika masuk waktu petang sebanyak 3 kali: ‘Ya Tuhanku! Bagi-Mu segala pujian, tidak ada tuhan melainkan Engkau. Engkaulah Tuhanku dan akulah hamba-Mu. Aku memasuki waktu petang di atas janji-Mu sekadar yang aku mampu. Aku bertaubat kepada-Mu daripada kejahatan amalanku dan aku meminta pengampunan dari-Mu untuk dosa-dosaku yang tidak akan diampunkan melainkan Engkau’, maka (jika) dia mati pada malam tersebut, dia pasti memasuki syurga.” Kemudian Rasulullah SAW bersumpah sesuatu yang Baginda tidak bersumpah kepada orang lain dan berkata: “Demi Allah! Tidak berkata hamba itu ucapan tersebut pada (siang) hari lalu dia mati pada (siang) hari tersebut melainkan dia (pasti akan) memasuki syurga, dan jika dia menyebutnya pada waktu petang dan dimatikan pada malam tersebut, dia (pasti akan) memasuki syurga.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat, Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5297].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs