TEKS BAHASA ARAB
من قال حين يتحرك من الليل: باسم الله – عشر مرات -، وسبحان الله عشراً -، آمنت بالله وكفرت بالطاغوت – عشراً -؛ وقي كل شيء يتخوفه، ولم ينبغِ لذنب أن يدركه إلى مثلها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang berkata ketika berjaga malam: Bismillah sebanyak sepuluh kali, dan Subhanallah sebanyak 10 kali, aku beriman dengan Allah dan mengkufuri Taghut sebanyak sepuluh kali, maka dia akan terpelihara daripada apa yang ditakutinya dan tidak akan terjerumus dalam dosa.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1515, hadis nombor 7711. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو-رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((من قال حين يتحرك من الليل: باسم الله – عشر مرات -، وسبحان الله عشراً -، آمنت بالله وكفرت بالطاغوت – عشراً -؛ وقي كل شيء يتخوفه، ولم ينبغِ لذنب أن يدركه إلى مثلها)). [طس، ((الضعيفة)) (5313)].
(Lemah)
Daripada Abdullah Bin ‘Amr RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang berkata ketika berjaga malam Bismillah sebanyak sepuluh kali, dan Subhanallah sebanyak 10 kali, aku beriman dengan Allah dan mengkufuri Taghut sebanyak sepuluh kali, maka dia akan terpelihara daripada apa yang ditakutinya dan tidak akan terjerumus dalam dosa.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat, Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5313].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.