Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قالَ حِينَ يَتحرَّكُ مِنَ اللَّيلِ: بِاسْمِ اللهِ عَشْرَ مَرَّاتٍ، وسُبْحَانَ اللَّهِ عَشْرَ مَرَّاتٍ، آمَنْتُ بِاللَّهِ، وَكَفَرْتُ بِالطَّاغُوتِ عَشرَ مرَّاتٍ؛ وُقيَ كُلَّ شَيْءٍ يَتخَوَّفُهُ، وَلَمْ يَنْبَغِِ لِذَنْبٍ أنْ يُدْرِكَه إِلَى مِثلِها.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang berkata ketika berjaga malam: Bismillah sebanyak sepuluh kali, dan Subhanallah sebanyak 10 kali, aku beriman dengan Allah dan mengkufuri Taghut sebanyak sepuluh kali, maka dia akan terpelihara daripada apa yang ditakutinya dan tidak akan terjerumus dalam dosa.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1515, hadis no. 7711. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو-رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((من قال حين يتحرك من الليل: باسم الله - عشر مرات -، وسبحان الله عشراً -، آمنت بالله وكفرت بالطاغوت - عشراً -؛ وقي كل شيء يتخوفه، ولم ينبغِ لذنب أن يدركه إلى مثلها)). [طس، ((الضعيفة)) (5313)].
(Lemah) Daripada Abdullah Bin ‘Amr RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang berkata ketika berjaga malam Bismillah sebanyak sepuluh kali, dan Subhanallah sebanyak 10 kali, aku beriman dengan Allah dan mengkufuri Taghut sebanyak sepuluh kali, maka dia akan terpelihara daripada apa yang ditakutinya dan tidak akan terjerumus dalam dosa.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat, Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5313].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman