TEKS BAHASA ARAB
من اعتكف عشرا في رمضان كان كحجتين وعمرتين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang beri’tikaf pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan, maka pahalanya itu umpama melaksanakan dua kali haji dan dua kali ‘umrah.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1130, hadis nombor 5702. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن الحسين بن علي -رضي الله عنهما- مرفوعا: «من اعتكف عشرا في رمضان كان كحجتين وعمرتين». [هب، «الضعيفة» (518)].
(Palsu)
Daripada al-Husain bin ‘Ali RA secara marfu’: "Barang siapa yang beri’tikaf pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan, maka pahalanya itu umpama melaksanakan dua kali haji dan dua kali ‘umrah."
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 518].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.