Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang beri’tikaf pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan, maka pahalanya itu umpama melaksanakan dua kali haji dan dua kali ‘umrah

Teks Bahasa Arab

منِ اعتَكَفَ عشرًا في رمضانَ كانَ كحجَّتينِ وعُمرتينِ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang beri’tikaf pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan, maka pahalanya itu umpama melaksanakan dua kali haji dan dua kali ‘umrah.

Sahabat Perawi

  1. al-Husain bin ‘Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1130, hadis no. 5702. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الحسين بن علي -رضي الله عنهما- مرفوعا: «من اعتكف عشرا في رمضان كان كحجتين وعمرتين». [هب، «الضعيفة» (518)].

(Palsu) Daripada al-Husain bin ‘Ali RA secara marfu’: "Barang siapa yang beri’tikaf pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan, maka pahalanya itu umpama melaksanakan dua kali haji dan dua kali ‘umrah." [Riwayat al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 518].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.