Barang siapa yang beristighfar kepada Allah setiap hari sebanyak tujuh puluh kali

TEKS BAHASA ARAB

من استغفر الله عز وجل في كل يوم سبعين مرة؛ لم يكتب في يومه من الغافلين. ومن استغفر الله عز وجل في كل ليلة سبعين مرة؛ لم يكتب في ليلته من الغافلين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang beristighfar kepada Allah setiap hari sebanyak tujuh puluh kali, dia tidak akan ditulis pada hari tersebut dalam kalangan orang yang lalai. Dan barang siapa yang beristighfar sebanyak tujuh puluh kali pada malam hari tersebut, dia tidak akan ditulis pada malam tersebut dalam kalangan orang yang lalai.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1494, hadis nombor 7615. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن عائشة أم المؤمنين رضي الله عنها مرفوعاً: من استغفر الله عز وجل في كل يوم سبعين مرة؛ لم يكتب في يومه من الغافلين. ومن استغفر الله عز وجل في كل ليلة سبعين مرة؛ لم يكتب في ليلته من الغافلين. [ابن السني، ((الضعيفة)) (4547)]

(Sangat Lemah) Daripada Aisyah R.A secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang beristighfar kepada Allah setiap hari sebanyak tujuh puluh kali, dia tidak akan ditulis pada hari tersebut dalam kalangan orang yang lalai. Dan barang siapa yang beristighfar sebanyak tujuh puluh kali pada malam hari tersebut, dia tidak akan ditulis pada malam tersebut dalam kalangan orang yang lalai. [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4547]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs