Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat

TEKS BAHASA ARAB

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يجعل نفسه موضع التهمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah dia menjadikan dirinya pada tempat tohmahan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1977, hadis nombor 9891. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يجعل نفسه موضع التهمة)).
[الفلاكي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (1155)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah dia menjadikan dirinya pada tempat tohmahan.
[Riwayat Abū ‘Abdullah al-Fallākī dalam al-Fawāid. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1155]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs