Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن كان يؤمنُ باللهِ واليومِ الآخِرِ فلا يَجْعَلْ نفسَهُ مَوْضِعَ التُّهْمَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah dia menjadikan dirinya pada tempat tohmahan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1977, hadis no. 9891. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يجعل نفسه موضع التهمة)). [الفلاكي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (1155)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah dia menjadikan dirinya pada tempat tohmahan. [Riwayat Abū ‘Abdullah al-Fallākī dalam al-Fawāid. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1155]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman