Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia memakai sepatunya sehingga dia mengetuknya terlebih dahulu

TEKS BAHASA ARAB

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فلا يلبس خفيه حتى ينفضهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia memakai sepatunya sehingga dia mengetuknya terlebih dahulu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1619, hadis nombor 8170. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة – رضي الله عنه-، قال: دعا رسول الله صلى الله عليه وسلم بخفيه يلبسهما، فلبس أحدهما، ثم جاء غراب، فاحتمل الآخر، فرمى به، فخرجت منه حية، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم:((من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فلا يلبس خفيه حتى ينفضهما)). [طب، ((الضعيفة)) (2440)].

(Lemah)
Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW berdoa ketika memakai kedua sepatunya, lalu baginda memakai salah satu daripanya kemudian datang seekor gagak, ia mengambil sebelah lagi kasut baginda SAW dan kemudian melepaskannya, lalu keluarlah ular. Maka Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka tidaklah dia memakai sepatunya sehingga dia mengetuknya terlebih dahulu.))
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2440].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs