TEKS BAHASA ARAB
من بادر العاطس بالحمد؛ عوفي من وجع الخاصرة، ولم يشتك ضرسه أبدا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang bergegas (ingatkan) orang yang bersin untuk memuji Allah, nescaya dia terselamat daripada sakit pinggang dan tidak akan merasa sakit pada giginya buat selama-lamanya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1184, hadis nombor 6007. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من بادر العاطس بالحمد؛ عوفي من وجع الخاصرة، ولم يشتك ضرسه أبدا)). [طس، ((الضعيفة)) (6139)]
(Munkar) Daripada ‘Ali RA telah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: Barang siapa yang bergegas (ingatkan) orang yang bersin untuk memuji Allah, nescaya dia terselamat daripada sakit pinggang dan tidak akan merasa sakit pada giginya buat selama-lamanya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6139]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.