Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang bergegas (ingatkan) orang yang bersin untuk memuji Allah

Teks Bahasa Arab

مَنْ بَادَرَ العَاطِسَ بِالحَمْدِ؛ عُوْفِيَ مِنْ وَجَعِ الخَاصِرَةِ، وَلَم يَشْتَكِ ضِرْسَهِ أَبَداً.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang bergegas (ingatkan) orang yang bersin untuk memuji Allah, nescaya dia terselamat daripada sakit pinggang dan tidak akan merasa sakit pada giginya buat selama-lamanya.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1184, hadis no. 6007. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((من بادر العاطس بالحمد؛ عوفي من وجع الخاصرة، ولم يشتك ضرسه أبدا)). [طس، ((الضعيفة)) (6139)]

(Munkar) Daripada ‘Ali RA telah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: Barang siapa yang bergegas (ingatkan) orang yang bersin untuk memuji Allah, nescaya dia terselamat daripada sakit pinggang dan tidak akan merasa sakit pada giginya buat selama-lamanya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6139]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.