Barang siapa yang berdoa kepada orang yang mengzaliminya, maka dia telah berjaya

TEKS BAHASA ARAB

من دعا على من ظلمه؛ فقد انتصر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berdoa kepada orang yang mengzaliminya, maka dia telah berjaya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1495, hadis nombor 7623. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة مرفوعاً: من دعا على من ظلمه؛ فقد انتصر. [ت، ش، عد، أبو نعيم في ((أخبارأصبهان))، الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (4593)]

(Lemah) Daripada Aisyah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang berdoa kepada orang yang mengzaliminya, maka dia telah berjaya. [Riwayat al-Tirmizi, Ibn Abi Shaibah, Abu Nu’aim dalam Akhbar Ashbahan dan al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4593]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs