Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من دعا على من ظلمه؛ فقد انتصر.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang berdoa kepada orang yang mengzaliminya, maka dia telah berjaya.
Sahabat Perawi
- ‘Aisyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1495, hadis no. 7623. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Aisyah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang berdoa kepada orang yang mengzaliminya, maka dia telah berjaya. [Riwayat al-Tirmizi, Ibn Abi Shaibah, Abu Nu’aim dalam Akhbar Ashbahan dan al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4593]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman