Barang siapa yang bercelak dengan al-ithmid (sejenis celak) pada hari Asyura

TEKS BAHASA ARAB

من اكتحل بالإثمد يوم عاشوراء لم يرمد أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang bercelak dengan al-ithmid (sejenis celak) pada hari Asyura, maka dia tidak akan terkena penyakit mata buat selama-lamanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1131, hadis nombor 5704. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: «من اكتحل بالإثمد يوم عاشوراء لم يرمد أبدا». [ابن الجوزي، «الضعيفة» (624)].

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’: "Barang siapa yang bercelak dengan al-ithmid (sejenis celak) pada hari Asyura, maka dia tidak akan terkena penyakit mata buat selama-lamanya."
[Riwayat Ibn Jawzi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 624].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs