Barang siapa yang berbuka puasa (tidak berpuasa) satu hari di bulan Ramadan ketika dia dalam keadaan bermukim

TEKS BAHASA ARAB

من أفطر يوما في شهر رمضان في الحضر فليهد بدنة، فإن لم يجد فليطعم ثلاثين صاعا من تمر المساكين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berbuka puasa (tidak berpuasa) satu hari di bulan Ramadan ketika dia dalam keadaan bermukim (iaitu berada di tempat tinggalnya) maka hendaklah dia menyembelih seekor unta, dan jika dia tidak mempunyainya, maka hendaklah dia memberikan makan sebanyak 30 gantang buah tamar kepada golongan miskin.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1131, hadis nombor 5705. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: «من أفطر يوما في شهر رمضان في الحضر فليهد بدنة، فإن لم يجد فليطعم ثلاثين صاعا من تمر المساكين».
[ابن الجوزي، «الضعيفة» (623)].

(Palsu)
Daripada Jabir RA secara marfu’: "Barang siapa yang berbuka puasa (tidak berpuasa) satu hari di bulan Ramadan ketika dia dalam keadaan bermukim (iaitu berada di tempat tinggalnya) maka hendaklah dia menyembelih seekor unta, dan jika dia tidak mempunyainya, maka hendaklah dia memberikan makan sebanyak 30 gantang buah tamar kepada golongan miskin."
[Riwayat Ibn Jawzi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 623].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs