Lemah syaz

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang berbuka puasa maka baginya rukhsah

Teks Bahasa Arab

من أَفْطَرَ فَرُخْصَةٌ، ومن صام فالصومُ أَفْضَلُ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang berbuka puasa maka baginya rukhsah, dan barang siapa yang berpuasa maka perbuatannya berpuasa itu adalah lebih baik.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah syaz

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1130, hadis no. 5703. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف شاذ) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال: سئل رسول ﷺ الله عن صوم في السفر؟ فقال: «من أفطر فرخصة ومن صام فالصوم أفضل». [أبو حفص الكتاني في ((الأمالي))، «الضعيفة» (932)].

(Lemah syaz) Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata: Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa ketika bermusafir, lalu baginda bersabda: "Barang siapa yang berbuka puasa maka baginya rukhsah, dan barang siapa yang berpuasa maka perbuatannya berpuasa itu adalah lebih baik." [Riwayat Abu Hafs al-Kattani dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 932].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.