TEKS BAHASA ARAB
من احتجم يوم الثلاثاء لسبع عشرة من الشهر، كان دواء لداء السنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang berbekam pada hari Selasa yang jatuh pada tarikh tujuh belas hari bulan daripada mana-mana bulan, maka ia akan menjadi ubat untuk penyakit selama setahun.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1724, hadis nombor 8669. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن معقل بن يسار -رضي الله عنه-، عن النبي -صلى الله عليه وسلم-: ((من احتجم يوم الثلاثاء لسبع عشرة من الشهر، كان دواء لداء السنة.)) [عد، هق، ((الضعيفة)) (1410)].
(Munkar)
Daripada Ma’qil Bin Yassar RA, daripada Nabi SAW: ((Barang siapa yang berbekam pada hari Selasa yang jatuh pada tarikh tujuh belas hari bulan daripada mana-mana bulan, maka ia akan menjadi ubat untuk penyakit selama setahun.))
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1410].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.