Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنِ احتجم يَوْمَ الثُّلاثاءِ لِسَبْعَ عَشْرةَ مِنَ الشَّهرِ، كان دواءً لِداءِ السَّنَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang berbekam pada hari Selasa yang jatuh pada tarikh tujuh belas hari bulan daripada mana-mana bulan, maka ia akan menjadi ubat untuk penyakit selama setahun.
Sahabat Perawi
- Ma'qil bin Yasar
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1724, hadis no. 8669. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن معقل بن يسار -رضي الله عنه-، عن النبي -صلى الله عليه وسلم-: ((من احتجم يوم الثلاثاء لسبع عشرة من الشهر، كان دواء لداء السنة.)) [عد، هق، ((الضعيفة)) (1410)].
(Munkar) Daripada Ma'qil Bin Yassar RA, daripada Nabi SAW: ((Barang siapa yang berbekam pada hari Selasa yang jatuh pada tarikh tujuh belas hari bulan daripada mana-mana bulan, maka ia akan menjadi ubat untuk penyakit selama setahun.)) [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1410].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman