Barang siapa yang berbekam pada hari Sabtu dan Rabu lalu timbul penyakit sopak

TEKS BAHASA ARAB

من احتجم يوم السبت والأربعاء، فرأى وضحا، فلا يلومن إلا نفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berbekam pada hari Sabtu dan Rabu lalu timbul penyakit sopak, maka janganlah dia persalahkan melainkan dirinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1724, hadis nombor 8671. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس -رضي الله عنه-، أن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((من احتجم يوم السبت والأربعاء، فرأى وضحا، فلا يلومن إلا نفسه.)) [عد، ((الضعيفة)) (1408)].

(Lemah)
Daripada Anas RA, Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang berbekam pada hari Sabtu dan Rabu lalu timbul penyakit sopak, maka janganlah dia persalahkan melainkan dirinya.))
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da'ifah no.1408].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.