Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من احتجم يومَ السَّبتِ والأربعاءَ، فرأَى وضَحًا، فلا يلومَنَّ إلَّا نفسَه.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang berbekam pada hari Sabtu dan Rabu lalu timbul penyakit sopak, maka janganlah dia persalahkan melainkan dirinya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1724, hadis no. 8671. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه-، أن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((من احتجم يوم السبت والأربعاء، فرأى وضحا، فلا يلومن إلا نفسه.)) [عد، ((الضعيفة)) (1408)].
(Lemah) Daripada Anas RA, Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang berbekam pada hari Sabtu dan Rabu lalu timbul penyakit sopak, maka janganlah dia persalahkan melainkan dirinya.)) [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da'ifah no.1408].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman