Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منِ احتَجَمَ يَومَ الأَرْبِعَاءِ، وَيَومَ السَّبْتِ، فَرَأَى وضَحًا، فلَا يَلُومَنَّ إِلَّا نَفْسَه.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang berbekam pada hari Rabu dan Sabtu, lalu dia melihat sopak (pada kulitnya), maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1171, hadis no. 5925. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: ((من احتجم يوم الأربعاء، ويوم السبت، فراى وضحا، فلا يلومن إلا نفسه)). [عد، ك، هق، ((الضعيفة)) (1524)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang berbekam pada hari Rabu dan Sabtu, lalu dia melihat sopak (pada kulitnya), maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa, al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1524]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman