Barang siapa yang berbekam pada hari khamis

TEKS BAHASA ARAB

من احتجم يوم الخميس، فمرض فيه؛ مات فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berbekam pada hari khamis, maka dia akan sakit pada hari tersebut, dan akan mati pada hari tersebut.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1724, hadis nombor 8670. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، مرفوعا-: ((من احتجم يوم الخميس، فمرض فيه؛ مات فيه.)) [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1409)].

(Sangat Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA, secara marfu’- disandarkan kepada Nabi SAW: ((Barang siapa yang berbekam pada hari khamis, maka dia akan sakit pada hari tersebut, dan akan mati pada hari tersebut.))
[Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1409].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs