Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنِ احْتَجَمَ أَو أَطَّلَى يَومَ السبتِ أَوِ الأَربعَاءِ، فَلَا يَلومَنَّ إِلَا نفسَهُ مِنَ الوَضَحِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang berbekam atau berlumur pada hari Sabtu atau hari Rabu, maka janganlah dia mencela melainkan terhadap dirinya sendiri disebabkan sakit sopak.
Sahabat Perawi
- al-Zuhri
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1171, hadis no. 5924. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الزهري مرفوعا: ((من احتجم أواطلى يوم السبت أو الأربعاء، فلا يلومن إلا نفسه من الوضح)). [البغوي في حديث ((علي بن الجعد))، ((الضعيفة)) (1672)]
(Lemah) Daripada al-Zuhri secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang berbekam atau berlumur pada hari Sabtu atau hari Rabu, maka janganlah dia mencela melainkan terhadap dirinya sendiri disebabkan sakit sopak. [Riwayat al-Baghawi dalam Hadis ‘Ali bin Ja’ad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1672]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman