Barang siapa yang bangun pada waktu malam, lalu dia berwuduk dan berkumur-kumur mulutnya

TEKS BAHASA ARAB

من قام من الليل، فتوضأ، ومضمض فاه، ثم قال: سبحان الله (مئة مرة)، والحمد لله (مئة مرة)، ولا إله إلا الله (مئة مرة)، والله أكبر (مئة مرة)؛ غفرت له ذنوبه؛ إلا الدماء والأموال؛ فإنها لا تبطل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang bangun pada waktu malam, lalu dia berwuduk dan berkumur-kumur mulutnya kemudian dia mengucapkan: Maha Suci Allah (100 kali), Segala Puji bagi Allah (100 kali), Tiada Tuhan melainkan Allah (100 kali) dan Allah Maha Besar (100 kali); maka akan diampunkan baginya dosa-dosanya kecuali (dosa melibatkan) darah serta harta kerana sesungguhnya ia tidak dapat dibatalkan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1541, hadis nombor 7826. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن سعد بن جنادة -رضي الله عنه-، قال: شهدت مع النبي صلى الله عليه وسلم حنينا، فسمعته وهو يقول: ((من قام من الليل، فتوضأ، ومضمض فاه، ثم قال: سبحان الله (مئة مرة)، والحمد لله (مئة مرة)، ولا إله إلا الله (مئة مرة)، والله أكبر (مئة مرة)؛ غفرت له ذنوبه؛ إلا الدماء والأموال؛ فإنها لا تبطل)). [طب، ((الضعيفة)) (5820)]

(Munkar)
Daripada Sa‘d bin Junādah RA, beliau berkata: Aku menyaksikan peperangan Hunain bersama Nabi SAW lalu aku mendengar baginda bersabda: Barang siapa yang bangun pada waktu malam, lalu dia berwuduk dan berkumur-kumur mulutnya kemudian dia mengucapkan: Maha Suci Allah (100 kali), Segala Puji bagi Allah (100 kali), Tiada Tuhan melainkan Allah (100 kali) dan Allah Maha Besar (100 kali); maka akan diampunkan baginya dosa-dosanya kecuali (dosa melibatkan) darah serta harta kerana sesungguhnya ia tidak dapat dibatalkan.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5820]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs