Barang siapa yang apabila masuknya waktu pagi dan waktu petang membaca: ‘Ya Tuhanku! Engkaulah yang telah menciptakanku

TEKS BAHASA ARAB

من قال إذا أصبح وإذا أمسى: اللهم! أنت خلقتني، وأنت تهديني، وأنت تطعمني وتسقيني، وأنت تميتني وأنت تحييني؛ لم يسأل شيئا إلا أعطاه الله إياه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang apabila masuknya waktu pagi dan waktu petang membaca: ‘Ya Tuhanku! Engkaulah yang telah menciptakanku, dan Engkaulah yang memberiku petunjuk, Engkaulah yang memberiku makan serta memberiku minum, Engkaulah yang mematikanku serta menghidupkanku’, maka tidak ada satu (apa) pun yang dia minta melainkan Allah (akan) memberikannya kepadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1514, hadis nombor 7707. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن قال: قال سمرة بن جندب -رضي الله عنه-: ألا أحدثك حديثاً سمعته من رسول الله – صلى الله عليه وسلم – مراراً، ومن أبي بكر مراراً، ومن عمر مراراً؟! قلت: بلى. قال: ((من قال إذا أصبح وإذا أمسى: اللهم! أنت خلقتني، وأنت تهديني، وأنت تطعمني وتسقيني، وأنت تميتني وأنت تحييني؛ لم يسأل إلا أعطاه الله إياه)). قال: فلقيت عبد الله بن سلام، فقلت: ألا أحدثك حديثاً سمعته من رسول الله – صلى الله عليه وسلم – مراراً، ومن أبي بكر مراراً، ومن عمر مراراً؟! قال: بلى. فحدثته بهذا الحديث، فقال: بأبي وأمي رسول الله – صلى الله عليه وسلم -! هؤلاء الكلمات كان الله عز وجل أعطاهن موسى عليه السلام، فكان يدعو بهن في كل يوم سبع مرات، فلا يسأل الله عز وجل شيئاً إلا أعطاه إياه. [طس، ((الضعيفة)) (5349)].

(Lemah) Daripada al-Hasan, beliau berkata: Telah berkata Samurah Bin Jundub RA: Tidakkah (kamu mahu) aku menceritakan kepadamu sebuah kisah yang aku telah dengar daripada Rasulullah SAW berulang kali, daripada Abu Bakar berulang kali dan daripada Umar berulang kali?! Aku (al-Hasan) menjawab: Ya. Beliau berkata: “Barang siapa yang apabila masuknya waktu pagi dan waktu petang membaca:
اَللَّهُمَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي ، وَأَنْتَ تَهْدِينِي، وَأَنْتَ تُطْعِمُنِي ، وَأَنْتَ تَسْقِينِي ، وَأَنْتَ تُميتُنِي ، وَأَنْتَ تُحْيِيِنِي؛
(Ya Tuhanku! Engkaulah yang telah menciptakanku, dan Engkaulah yang memberiku petunjuk, Engkaulah yang memberiku makan serta memberiku minum, Engkaulah yang mematikanku serta menghidupkanku),
maka tidak ada satu pun yang dia minta melainkan Allah memberikan kepadanya.” (Samurah)berkata (lagi): Lalu aku berjumpa Abdullah Bin Salam dan aku berkata: Tidakkah (kamu mahu) aku menceritakan kepadamu sebuah kisah yang aku telah dengar daripada Rasulullah SAW berulang kali, daripada Abu Bakar berulang kali dan daripada Umar berulang kali?! Dia menjawab: Ya. Lalu aku menceritakan kepadanya kisah tersebut dan beliau berkata: Demi ayahku, ibuku dan Rasulullah SAW! Ucapan-ucapan tersebut merupakan ucapan yang Allah Azza wa Jalla telah berikan kepada Musa AS. Musa AS berdoa dengannya setiap hari sebanyak 7 kali maka tidak ada satu (apa) pun yang dia minta melainkan Allah (akan) memberikannya kepadanya.” [al-Tabarani dalam al-Awsat, Silsilah al-Daifah (5349)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs